Friday, February 17, 2012

Jenis-Jenis Pendermaan

Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh di dermakan antaranya:-

Penderma ‘Whole blood’
Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
  • Sel darah merah
  • Sel darah putih
  • Platelet
  • Plasma
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.
Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.


Pendermaan Aferesis
Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Sambil berbaring atau membaca, penderma tidak sedar darah dari badannya memasuki mesin khas yang mengasingkan sel darah merah dengan plasma dan platelet.

Sel darah merah ini kemudian dikembalikan ke dalam badan penderma.

Berbanding pendermaan darah biasa, pendermaan aferesis mengambil masa lebih lama — bergantung kepada jenis komponen yang didermakan. Jika anda hanya menderma plasma, ia mengambil masa kira-kira 30 minit setiap sesi dan 45 minit bagi pendermaan platelet.

Pendermaan aferesis juga boleh dilakukan lebih kerap kerana plasma boleh diganti dalam masa beberapa jam saja dan badan mengambil masa beberapa hari untuk menghasilkan platelet baru. Pendermaan aferesis boleh dilakukan seberapa kerap mengikut kemahuan penderma.

Ia sedikit berbeza dengan pendermaan darah penuh yang hanya dibenarkan dilakukan tidak melebihi empat kali setahun. Syarat ini dibuat bagi membolehkan badan menghasilkan semula sel darah merah yang baru untuk menggantikan darah yang didermakan.


Perlu diingat, seseorang itu tidak boleh menjadi penderma aferesis dan darah pada masa sama. Namun dia boleh bertukar kepada penderma darah selepas menjadi penderma plasma atau sebaliknya. 

Sumber : Pusat Darah Negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List