Friday, February 17, 2012

Jenis-Jenis Pendermaan

Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh di dermakan antaranya:-

Penderma ‘Whole blood’
Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
  • Sel darah merah
  • Sel darah putih
  • Platelet
  • Plasma
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.
Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.


Pendermaan Aferesis
Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Sambil berbaring atau membaca, penderma tidak sedar darah dari badannya memasuki mesin khas yang mengasingkan sel darah merah dengan plasma dan platelet.

Sel darah merah ini kemudian dikembalikan ke dalam badan penderma.

Berbanding pendermaan darah biasa, pendermaan aferesis mengambil masa lebih lama — bergantung kepada jenis komponen yang didermakan. Jika anda hanya menderma plasma, ia mengambil masa kira-kira 30 minit setiap sesi dan 45 minit bagi pendermaan platelet.

Pendermaan aferesis juga boleh dilakukan lebih kerap kerana plasma boleh diganti dalam masa beberapa jam saja dan badan mengambil masa beberapa hari untuk menghasilkan platelet baru. Pendermaan aferesis boleh dilakukan seberapa kerap mengikut kemahuan penderma.

Ia sedikit berbeza dengan pendermaan darah penuh yang hanya dibenarkan dilakukan tidak melebihi empat kali setahun. Syarat ini dibuat bagi membolehkan badan menghasilkan semula sel darah merah yang baru untuk menggantikan darah yang didermakan.


Perlu diingat, seseorang itu tidak boleh menjadi penderma aferesis dan darah pada masa sama. Namun dia boleh bertukar kepada penderma darah selepas menjadi penderma plasma atau sebaliknya. 

Sumber : Pusat Darah Negara

Derma Darah Sihatkan Tubuh Badan

KEMPEN derma darah kini menjadi perkara lumrah yang dijalankan hampir setiap hari sama ada di hospital, dewan orang ramai mahupun pusat beli-belah. Namun, masih ramai memandang kempen ini sebelah mata, walaupun mengetahui seunit darah yang diderma dapat menyelamatkan satu nyawa.

Bagi kita yang sihat, keperluan menderma darah mungkin tidak meresap ke dalam jiwa.

Sesekali luangkan masa melawat wad kanak-kanak, khususnya yang menempatkan pesakit kecil penghidap talasemia dan leukemia. Mungkin selepas lawatan singkat ini, anda akan faham perasaan ibu bapa pesakit apabila hospital tidak dapat membekalkan darah sesuai untuk anak mereka.

Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru.

Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan.

Kita tidak akan mengalami masalah kekurangan darah kerana secara semula jadi badan menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang musnah akibat ‘tua’ (selepas 120 hari). Didermakan atau tidak, darah berkenaan tetap akan musnah dalam badan kita, jadi lebih baik jika ia dapat digunakan sebaik-baiknya.

Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat.

Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru.

Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.

Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.

Namun lebih penting, ia membolehkan seseorang mengetahui status kesihatan mereka kerana ujian akan dilakukan setiap kali darah didermakan (walaupun anda penderma tetap) bagi memastikan darah benar-benar selamat dan ‘bersih’.

Antara ujian yang dilakukan ialah ukuran tekanan dan pengenalan jenis darah, selain mengesan sama ada penderma mengalami masalah kesihatan lain. Jika ada, usah risau kerana ia dapat dikesan awal bagi membolehkan kita menerima rawatan sewajarnya.

Berapa banyak darah yang akan diambil? Tidak banyak, hanya satu unit iaitu antara 300 hingga 450 mililiter saja, bergantung kepada berat badan anda. Selepas menderma, anda akan diberikan pil zat besi dan asid filik bagi merangsang badan menghasilkan sel darah baru.

Penerima darah

Mungkin ada yang bertanya siapa akan menerima darah anda ini? Ramai. Antaranya ialah:

-Wanita yang tumpah darah ketika bersalin.
-Pesakit talasemia.
-Pesakit leukemia.
-Pesakit haemofilia.
-Individu yang mengalami masalah anemia.
-Mangsa kebakaran.
-Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah.
-Bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.
-Mangsa demam denggi.

Sebenarnya, darah kita membabitkan beberapa komponen dan darah yang didermakan ini akan diasingkan mengikut komponen berkenaan iaitu darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, faktor VIII dan IX.

Semua komponen ini mempunyai kegunaan masing-masing yang diperlukan individu berlainan.

Sel darah merah contohnya, digunakan untuk merawat pesakit talasemia, leukemia, orang yang kehilangan darah dan kekurangan darah (anemia).

Manakala plasma pula penting untuk merawat mangsa kebakaran dan kebanyakan kes kehilangan darah seperti ketika menjalani pembedahan.

Walaupun ada teknologi moden yang boleh menghasilkan bahan yang menggantikan beberapa komponen darah, sumber darah asli masih diperlukan kebanyakan pesakit.

Bagaimana pula dengan komponen lain? Pusat Darah Negara menghantar plasma beku ke Makmal Serum Commonwealth di Melbourne, Australia. Plasma ini akan menjalani proses pemecahan bagi menghasilkan faktor VIII, immunoglobulin dan albumin 20 peratus yang digunakan bagi merawat pesakit haemofilia, iaitu masalah darah lambat beku.

Jadi, tiada setitis pun darah anda akan terbuang sia-sia. Jadi, ambil peluang untuk menderma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain kerana giliran kita memerlukan darah mungkin tiba satu hari nanti.

Bagaimanapun, bukan semua orang layak menderma darah kerana anda perlu memiliki ciri seperti senarai di bawah iaitu:

-Berumur 18 hingga 65 tahun.
-Berat badan melebihi 45 kilogram.
-Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
-Tidak menghidap penyakit kronik.
-Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
-Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
-Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

Anda dilarang menderma darah buat sementara waktu jika:
-Demam.
-Berat badan kurang 45 kilogram.
-Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.
-Tidur kurang lima jam.
-Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.
-Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
-Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
-Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
-Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

Paling penting, jangan menderma darah jika anda:
-Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
-Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
-Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
-Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).
-Mengambil dadah secara suntikan.

Monday, January 30, 2012

Ten Reasons To Donate Blood

Reasons To Donate Blood
  • Its easy and convenient
  • You will feel good about yourself
  • Its something you can spare
  • You will weigh less
  • You can help to ensure blood is there when you or someone close to you needs it.
  • Nobody ask you to lift anything while you have the bandage on
  • You will get drinks and cookies :)
  • Its something you can do on equal footing with the rich and famous
  • Its the right thing to do
  • You will be someone's hero



You can donate blood on Sunday from 8am till 4pm. Be a hero.

Reasons To Donate Blood




View Larger Map

Sunday, September 18, 2011

Pernahkan Anda Menderma Darah?


Adakah anda pernah menderma darah?

Kami di Facebook Page Kempen Kesedaran Derma Darah Kepada Rakyat Malaysia ingin mengetahui anda yang telah menderma darah atau tidak. Anda boleh memberikan jawapan Ya atau Tidak di


Baca lanjut syarat-syarat derma darah di http://goo.gl/bKiih

Setiap rakyat Malaysia yang layak perlulah menderma darah dan meningkatkan diri kepada pendermaan plasma darah.

Sertai Facebook Page Kempen Derma Darah Untuk Rakyat Malaysia di Internet


Kempen dalam Facebook dalam meningkat kesedaran perlunya rakyat Malaysia yang boleh menderma darah selalu menderma darah. Derma darah selamatkan nyawa. Ini adalah usaha sukarela secara individu. Kongsikan (share) laman Facebook ini.

Setiap rakyat Malaysia Perlu Menderma Darah


Anda semua layak untuk menderma darah dengan syarat-syarat berikut :-

  • Anda rasa sihat hari ini.
  • Berumur di antara 18-60 tahun.
    • Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
    • Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
  • Berat badan melebihi 45 kg.
  • Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
  • Tiada masalah kesihatan.
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
    • Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
  • Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
  • Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti seks bertukar-tukar pasangan, hubungan seks sejenis atau kedua-dua jantina, hubungan seks dengan pelacur atau pekerja seks komersial, salah guna dadah dan menjadi pasangan kepada golongan tersebut.


Baca lanjut syarat-syarat lain di http://goo.gl/bKiih

Setiap rakyat Malaysia yang layak perlulah menderma darah dan meningkatkan diri kepada pendermaan plasma.

Sertai Facebook Page Kempen Derma Darah Untuk Rakyat Malaysia di Internet

Saturday, August 21, 2010

Kempen Derma Darah Sempena Ramadhan

Kempen Derma Darah Sempena Ramadhan

Anda boleh membantu dalam kempen derma darah walaupun tidak layak menderma darah. Panjangkan artikel ini kepada rakan-rakan anda.

Bekalan darah akan berkurangan setiap kali tiba di bulan Ramadhan dan peningkatan permintaan kepada darah meningkat menjelang dan ketika cuti hari raya lagi memburukan lagi simpanan tabung darah.

Tahukah anda bekalan darah jenis O sentiasa berkurangan.
Tahukah anda peningkatan kemalangan jalan raya semasa cuti hari raya menekan bekalan darah.
Tahukah anda Pusat Darah dibuka sehingga pukul 8 malam Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadhan.

Darah anda bagi yang layak menderma adalah diperlukan. Menderma darah menyelamatkan nyawa.

Sila lawat laman web Pusat Darah Negara untuk maklumat lanjut :-

http://www.pdn.org.my/

atau hubungi

Pusat Darah Negara

Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
Malaysia
50400

Tel : 03 - 2693 3888
Fax :03 - 2698 0362

Jemput sertai Kempen Derma Darah Facebook Page untuk mendapatkan kemas kini tentang kempen derma darah sekitar Malaysia.

http://www.facebook.com/Kempen.Derma.Darah

Lawan web cermin Kempen derma darah

http://hubpages.com/hub/Kempen-Derma-Darah-Untuk-Rakyat-Malaysia-Dalam-Internet

http://portal.tipswanita.com/kempen-derma-darah.php

http://blog.perempuanmelayu.info/2010/08/kempen-derma-darah-sempena-ramadhan.html

Email, Facebook Page dan muka laman dalam artikel ini adalah usaha individu secara sukarela dan tiada kaitan secara langsung Pusat Darah Negara. Inilah sumbangan kami kepada kempen derma darah dan anda juga boleh turut serta dalam usaha ini dengan memanjangkan artikel ini kepada rakan-rakan dan sertai Kempen Derma Darah Facebook Page.

Kempen Derma Darah Untuk Rakyat Malaysia

21 Ogos 2010

Cadangan bacaan :-

What Should I Eat and Drink Before Donating Blood

http://hubpages.com/_promotehubpages1/hub/What-Should-I-Eat-and-Drink-Before-Donating-Bl

Maklumat menderma darah di Wikipedia

http://en.wikipedia.org/wiki/Blood_donation

We uses Tipswanita Aardvark to ask questions and give answers

http://vark.com/s/oEry?_or=umh3Syy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List