Friday, March 30, 2012

Penutupan Operasi

Untuk makluman bersama, Pusat Darah Negara akan ditutup operasi pada cuti umum sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Hari Pekerja.


Sumber : Pusat Darah Negara

Saturday, March 17, 2012

Kempen Derma Darah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Bagi mana-mana individu, persatuan, badan koparat, agensi kerajaan yang ingin mengadakan kempen derma darah di kawasan atau pun mana-mana lokasi yang ingin anda cadangkan, boleh berhubung terus dengan Unit Kempen di Pusat Darah Negara ditalian 03-2695 5557 / 5558. atau boleh pergi pada link berikut Kempen Derma Darah Pusat Darah Negara


Anda boleh mendapat maklumat lanjut berkenaan penganjuran kempen derma darah melalui unit tersebut.


Semoga niat murni kita dapat membantu mereka yang memerlukan.



Thursday, March 8, 2012

Terima kasih Penderma

BAGAIMANAKAH reaksi kita apabila salah seorang daripada ahli keluarga kita ditimpa musibah di mana doktor atau jururawat tidak boleh melakukan apa-apa disebabkan  hospital kekurangan bekalan darah? Pasti perasaan sedih, marah, geram, kecewa dan pelbagai lagi perasaan yang lain bercampur baur tetapi tidak tahu hendak diluahkan pada siapa.


Bagi yang tidak pernah melaluinya tidak akan tahu bagaimana gelodak dalam hati mereka. Memang ramai akan simpati, tetapi simpati saja tidak dapat membantu apa-apa. Malah, simpati juga tidak sedikit pun meringankan kesedihan yang ditanggung keluarga pesakit.

Pada masa inilah baru kita akan menghargai dan rasa terhutang budi kepada penderma-penderma yang berhati mulia mendermakan darah mereka.

Penderma darah tetap adalah orang yang prihatin, penyayang dan menjadi nadi masyarakat kerana darah didermakan itu membolehkan pesakit meneruskan kehidupan mereka.

Marilah kita sama-sama menjadi warga yang prihatin dengan menyumbang sedikit kepada bekalan darah di hospital-hospital. Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini mampu untuk menyelamat nyawa mereka yang memerlukan.

Monday, March 5, 2012

Cara Penyimpanan Komponen Darah


Komponen darah yang telah didermakan oleh insan-insan yang berhati mulia  boleh dkategorikan kepada beberapa jenis komponen:
  •  Sel darah merah – whole blood, packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell.
  • Plasma – fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate
  • Platelet – random platelet concentrate, apheresis platelet 
Setiap komponen darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan yang berbeza. Antaranya adalah seperti di bawah :-
  • Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah merah, platelet dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan tarikh luput masing-masing.
  • Sel darah merah perlu disimpan pada suhu 2oC – 6oC dan boleh bertahan selama 35 hari.
  • Plasma perlu disimpan pada suhu -30oC dan boleh bertahan selama 2 tahun.
  • Platelet perlu disimpan pada suhu 20oc – 24oC dan perlu sentiasa digerakkan (agitated).Jangka hayat platelet hanyalah 5 hari daripada tarikh pendermaan.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List