BAGAIMANAKAH reaksi kita apabila salah seorang daripada ahli keluarga kita ditimpa musibah di mana doktor atau jururawat tidak boleh melakukan apa-apa disebabkan hospital kekurangan bekalan darah? Pasti perasaan sedih, marah, geram, kecewa dan pelbagai lagi perasaan yang lain bercampur baur tetapi tidak tahu hendak diluahkan pada siapa.
Bagi yang tidak pernah melaluinya tidak akan tahu bagaimana gelodak dalam hati mereka. Memang ramai akan simpati, tetapi simpati saja tidak dapat membantu apa-apa. Malah, simpati juga tidak sedikit pun meringankan kesedihan yang ditanggung keluarga pesakit.
Pada masa inilah baru kita akan menghargai dan rasa terhutang budi kepada penderma-penderma yang berhati mulia mendermakan darah mereka.
Penderma darah tetap adalah orang yang prihatin, penyayang dan menjadi nadi masyarakat kerana darah didermakan itu membolehkan pesakit meneruskan kehidupan mereka.
Marilah kita sama-sama menjadi warga yang prihatin dengan menyumbang sedikit kepada bekalan darah di hospital-hospital. Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini mampu untuk menyelamat nyawa mereka yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment