Monday, February 27, 2012

Jenis-jenis Darah

 Darah merupakan satu tisu unik yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan merupakan satu medium pengangkut oksigen ke seluruh tubuh, ia juga berfungsi untuk membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kuman dan mengandungi sistem imunisasi bertujuan mempertahankan diri dari jangkitan kuman.

Darah manusia berwarna merah, menjadi merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh kandungan hemoglobin di dalam darah atau dikenali sebagai protein pernafasan, tempat di mana oksigen bergabung.

Darah manusia terdiri daipada 4 jenis iaitu :-
  • Darah A
  • Darah B
  • Darah AB
  • Darah O

  DARAH A
  • Merupakan kumpulan darah yang mempunyai antigen A dan antibodi B.
  • Darah jenis ini boleh menerima darah dari jenis A,AB dan O sahaja
  • Manakala darah jenis A pula hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis A dan AB sahaja.

DARAH B
  • Merupakan kumpulan darah yang mempunyai antigen B dan antibodi A
  • Darah jenis ini boleh menerima kumpulan darah jenis B,AB dan O sahaja
  • Manakala darah dari kumpulan B hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis B dan AB sahaja.
DARAH AB
  • Darah AB merupakan satu kumpulan darah yang tidak mempunyai antibodi tetapi mempunyai antigen A dan B
  • Kumpulan darah AB hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis AB sahaja
  • Manakala darah jenis ini pula merupakan penerima universal dimana  darah AB boleh menerima darah dari kumpulan darah yang lain.
DARAH O
  • Merupakan kumpulan darah yang tidak mempunyai sebarang antigen tetapi mempunyai antibodi di dalam darah
  • Darah jenis O ini hanya boleh menderma kepada semua kumpulan darah (A, B,AB dan O) dan hanya boleh menerima darah jenis O sahaja

Friday, February 24, 2012

Kriteria Penderma

Bagi individu yang mempunyai niat murni untuk menjadi penderma sama ada penderma darah mahu pun penderma aferesis, perlu diingatkan bukan semua individu layak menjadi penderma. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut :-

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan
2. Berumur di antara 18-60 tahun. 
  •  Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga 
  •  Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Mempunyai berat badan yang melebihi 45 kg
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan
5. Tiada masalah kesihatan 
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.  
  • Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan · 
  • Sila rujkuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
7. Pendermaan terakhir ;-
  • sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood) 
  • 2 minggu untuk penderma aferesis. 
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut : -
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

 9. Untuk penderma wanita:
  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak
10. Jangan menderma darah jika anda :
  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau  Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih. 

Wednesday, February 22, 2012

Komponen Darah dan Kegunaannya

MENJADI penderma darah sememangnya satu amalan yang sangat mulia. Tanpa disedari, satu unit darah (antara 350 hingga 450 mililiter) yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa orang lain - yang tidak dikenali langsung. Darah merupakan organ tubuh yang berbentuk cairan. Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut :-
  •     Sel darah merah
  •     Sel darah putih
  •     Platelet
  •     Plasma

SEL DARAH MERAH
Sel darah merah: merupakan komponen sel darah yang terbesar (>90%), sel darah merah mengandung Hb yang fungsinya mengalirkan O2 keseluruh tubuh sehingga jika kita Hb kita rendah tubuh kita akan lemas. Apabila disebut menderma darah, secara umumnya merujuk kepada pendermaan keseluruhan komponen darah (merangkumi sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma). 

Kegunaan
Darah merah digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  • Pesakit Thalasemia
  • Pesakit Leukemia dan Kanser
  • Kes Anemia (kekurangan darah merah)
  • Pesakit yang kehilangan darah semasa pembedahan dan akibat kemalangan jalanraya
  • Kes tumpah darah selepas bersalin
PLATELET & PLASMA

Plasma ialah cecair darah yang mengandungi protein, antibodi dan bahan untuk pembekuan darah yang boleh menghalang serta merawat pelbagai penyakit.

Kegunaan
Plasma digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  •  Mangsa melecur akibat kebakaran
  • Kes pendarahan teruk (DIVC)
  • Pesakit demam denggi berdarah
  • Kes kegagalan Hepar (Liver Failure)

Platelet pula diperlukan untuk membekukan darah atau mengelakkan pendarahan berterusan, terutama bagi pesakit leukemia atau yang menjalani rawatan kanser, kerana sumsum tulang mereka tidak berupaya menghasilkan platelet sendiri.

Kegunaan
Platelet digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  • Pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah
  • Pesakit Leukemia dan Kanser
  • Kes pendarahan teruk (DIVC)

Tuesday, February 21, 2012

Jadual Derma Darah

Bermula 8 Januari 2012, Pusat Darah Negara akan dibuka pada hari Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Ini hanya terbuka untuk penderma darah sahaja. Bagi penderma  aferesis masih seperti biasa Isnin hingga Sabtu sahaja.




Sumber : Pusat Darah Negara

Friday, February 17, 2012

Jenis-Jenis Pendermaan

Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh di dermakan antaranya:-

Penderma ‘Whole blood’
Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
  • Sel darah merah
  • Sel darah putih
  • Platelet
  • Plasma
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.
Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.


Pendermaan Aferesis
Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Sambil berbaring atau membaca, penderma tidak sedar darah dari badannya memasuki mesin khas yang mengasingkan sel darah merah dengan plasma dan platelet.

Sel darah merah ini kemudian dikembalikan ke dalam badan penderma.

Berbanding pendermaan darah biasa, pendermaan aferesis mengambil masa lebih lama — bergantung kepada jenis komponen yang didermakan. Jika anda hanya menderma plasma, ia mengambil masa kira-kira 30 minit setiap sesi dan 45 minit bagi pendermaan platelet.

Pendermaan aferesis juga boleh dilakukan lebih kerap kerana plasma boleh diganti dalam masa beberapa jam saja dan badan mengambil masa beberapa hari untuk menghasilkan platelet baru. Pendermaan aferesis boleh dilakukan seberapa kerap mengikut kemahuan penderma.

Ia sedikit berbeza dengan pendermaan darah penuh yang hanya dibenarkan dilakukan tidak melebihi empat kali setahun. Syarat ini dibuat bagi membolehkan badan menghasilkan semula sel darah merah yang baru untuk menggantikan darah yang didermakan.


Perlu diingat, seseorang itu tidak boleh menjadi penderma aferesis dan darah pada masa sama. Namun dia boleh bertukar kepada penderma darah selepas menjadi penderma plasma atau sebaliknya. 

Sumber : Pusat Darah Negara

Derma Darah Sihatkan Tubuh Badan

KEMPEN derma darah kini menjadi perkara lumrah yang dijalankan hampir setiap hari sama ada di hospital, dewan orang ramai mahupun pusat beli-belah. Namun, masih ramai memandang kempen ini sebelah mata, walaupun mengetahui seunit darah yang diderma dapat menyelamatkan satu nyawa.

Bagi kita yang sihat, keperluan menderma darah mungkin tidak meresap ke dalam jiwa.

Sesekali luangkan masa melawat wad kanak-kanak, khususnya yang menempatkan pesakit kecil penghidap talasemia dan leukemia. Mungkin selepas lawatan singkat ini, anda akan faham perasaan ibu bapa pesakit apabila hospital tidak dapat membekalkan darah sesuai untuk anak mereka.

Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru.

Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan.

Kita tidak akan mengalami masalah kekurangan darah kerana secara semula jadi badan menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang musnah akibat ‘tua’ (selepas 120 hari). Didermakan atau tidak, darah berkenaan tetap akan musnah dalam badan kita, jadi lebih baik jika ia dapat digunakan sebaik-baiknya.

Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat.

Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru.

Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.

Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.

Namun lebih penting, ia membolehkan seseorang mengetahui status kesihatan mereka kerana ujian akan dilakukan setiap kali darah didermakan (walaupun anda penderma tetap) bagi memastikan darah benar-benar selamat dan ‘bersih’.

Antara ujian yang dilakukan ialah ukuran tekanan dan pengenalan jenis darah, selain mengesan sama ada penderma mengalami masalah kesihatan lain. Jika ada, usah risau kerana ia dapat dikesan awal bagi membolehkan kita menerima rawatan sewajarnya.

Berapa banyak darah yang akan diambil? Tidak banyak, hanya satu unit iaitu antara 300 hingga 450 mililiter saja, bergantung kepada berat badan anda. Selepas menderma, anda akan diberikan pil zat besi dan asid filik bagi merangsang badan menghasilkan sel darah baru.

Penerima darah

Mungkin ada yang bertanya siapa akan menerima darah anda ini? Ramai. Antaranya ialah:

-Wanita yang tumpah darah ketika bersalin.
-Pesakit talasemia.
-Pesakit leukemia.
-Pesakit haemofilia.
-Individu yang mengalami masalah anemia.
-Mangsa kebakaran.
-Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah.
-Bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.
-Mangsa demam denggi.

Sebenarnya, darah kita membabitkan beberapa komponen dan darah yang didermakan ini akan diasingkan mengikut komponen berkenaan iaitu darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, faktor VIII dan IX.

Semua komponen ini mempunyai kegunaan masing-masing yang diperlukan individu berlainan.

Sel darah merah contohnya, digunakan untuk merawat pesakit talasemia, leukemia, orang yang kehilangan darah dan kekurangan darah (anemia).

Manakala plasma pula penting untuk merawat mangsa kebakaran dan kebanyakan kes kehilangan darah seperti ketika menjalani pembedahan.

Walaupun ada teknologi moden yang boleh menghasilkan bahan yang menggantikan beberapa komponen darah, sumber darah asli masih diperlukan kebanyakan pesakit.

Bagaimana pula dengan komponen lain? Pusat Darah Negara menghantar plasma beku ke Makmal Serum Commonwealth di Melbourne, Australia. Plasma ini akan menjalani proses pemecahan bagi menghasilkan faktor VIII, immunoglobulin dan albumin 20 peratus yang digunakan bagi merawat pesakit haemofilia, iaitu masalah darah lambat beku.

Jadi, tiada setitis pun darah anda akan terbuang sia-sia. Jadi, ambil peluang untuk menderma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain kerana giliran kita memerlukan darah mungkin tiba satu hari nanti.

Bagaimanapun, bukan semua orang layak menderma darah kerana anda perlu memiliki ciri seperti senarai di bawah iaitu:

-Berumur 18 hingga 65 tahun.
-Berat badan melebihi 45 kilogram.
-Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
-Tidak menghidap penyakit kronik.
-Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
-Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
-Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

Anda dilarang menderma darah buat sementara waktu jika:
-Demam.
-Berat badan kurang 45 kilogram.
-Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.
-Tidur kurang lima jam.
-Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.
-Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
-Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
-Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
-Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

Paling penting, jangan menderma darah jika anda:
-Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
-Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
-Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
-Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).
-Mengambil dadah secara suntikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List