Wednesday, February 22, 2012

Komponen Darah dan Kegunaannya

MENJADI penderma darah sememangnya satu amalan yang sangat mulia. Tanpa disedari, satu unit darah (antara 350 hingga 450 mililiter) yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa orang lain - yang tidak dikenali langsung. Darah merupakan organ tubuh yang berbentuk cairan. Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut :-
  •     Sel darah merah
  •     Sel darah putih
  •     Platelet
  •     Plasma

SEL DARAH MERAH
Sel darah merah: merupakan komponen sel darah yang terbesar (>90%), sel darah merah mengandung Hb yang fungsinya mengalirkan O2 keseluruh tubuh sehingga jika kita Hb kita rendah tubuh kita akan lemas. Apabila disebut menderma darah, secara umumnya merujuk kepada pendermaan keseluruhan komponen darah (merangkumi sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma). 

Kegunaan
Darah merah digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  • Pesakit Thalasemia
  • Pesakit Leukemia dan Kanser
  • Kes Anemia (kekurangan darah merah)
  • Pesakit yang kehilangan darah semasa pembedahan dan akibat kemalangan jalanraya
  • Kes tumpah darah selepas bersalin
PLATELET & PLASMA

Plasma ialah cecair darah yang mengandungi protein, antibodi dan bahan untuk pembekuan darah yang boleh menghalang serta merawat pelbagai penyakit.

Kegunaan
Plasma digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  •  Mangsa melecur akibat kebakaran
  • Kes pendarahan teruk (DIVC)
  • Pesakit demam denggi berdarah
  • Kes kegagalan Hepar (Liver Failure)

Platelet pula diperlukan untuk membekukan darah atau mengelakkan pendarahan berterusan, terutama bagi pesakit leukemia atau yang menjalani rawatan kanser, kerana sumsum tulang mereka tidak berupaya menghasilkan platelet sendiri.

Kegunaan
Platelet digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  • Pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah
  • Pesakit Leukemia dan Kanser
  • Kes pendarahan teruk (DIVC)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List