Bagi individu yang mempunyai niat murni untuk menjadi penderma sama ada penderma darah mahu pun penderma aferesis, perlu diingatkan bukan semua individu layak menjadi penderma. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut :-
1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Mempunyai berat badan yang melebihi 45 kg
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan
5. Tiada masalah kesihatan
5. Tiada masalah kesihatan
- Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
- Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan ·
- Sila rujkuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
7. Pendermaan terakhir ;-
7. Pendermaan terakhir ;-
- sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood)
- 2 minggu untuk penderma aferesis.
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut : -
- Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
- Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
- Mengambil dadah secara suntikan
- Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Untuk penderma wanita:
- Tidak mengandung.
- Tidak datang haid.
- Tidak menyusukan anak
10. Jangan menderma darah jika anda :
- Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
- Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
Sumber : Pusat Darah Negara
Apa kaitan dgn negara utk larangan derma darah?
ReplyDelete