Showing posts with label Komponen Darah. Show all posts
Showing posts with label Komponen Darah. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Hasil Pendermaan Darah Iaitu Platelet Dan Plasma

Gambar ini adalah adalah darah dan bahagian darah yang diasingkan bagi tujuan untuk mendapatkan Plasma darah dan Platelet darah. Dalam proses Apheresis ini bahagian darah diperlukan iaitu Plasma dan Platelet akan diambil dan bahagian darah lain terutamanya sel darah merah akan dimasukkan semula ke badan penderma.

Minum banyak air dan tidur yang secukupnya adalah penting bagi penderma darah.

Mesin Apheresis Plasma dan Platelet darah

Monday, March 5, 2012

Cara Penyimpanan Komponen Darah


Komponen darah yang telah didermakan oleh insan-insan yang berhati mulia  boleh dkategorikan kepada beberapa jenis komponen:
  •  Sel darah merah – whole blood, packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell.
  • Plasma – fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate
  • Platelet – random platelet concentrate, apheresis platelet 
Setiap komponen darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan yang berbeza. Antaranya adalah seperti di bawah :-
  • Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah merah, platelet dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan tarikh luput masing-masing.
  • Sel darah merah perlu disimpan pada suhu 2oC – 6oC dan boleh bertahan selama 35 hari.
  • Plasma perlu disimpan pada suhu -30oC dan boleh bertahan selama 2 tahun.
  • Platelet perlu disimpan pada suhu 20oc – 24oC dan perlu sentiasa digerakkan (agitated).Jangka hayat platelet hanyalah 5 hari daripada tarikh pendermaan.  

Wednesday, February 22, 2012

Komponen Darah dan Kegunaannya

MENJADI penderma darah sememangnya satu amalan yang sangat mulia. Tanpa disedari, satu unit darah (antara 350 hingga 450 mililiter) yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa orang lain - yang tidak dikenali langsung. Darah merupakan organ tubuh yang berbentuk cairan. Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut :-
  •     Sel darah merah
  •     Sel darah putih
  •     Platelet
  •     Plasma

SEL DARAH MERAH
Sel darah merah: merupakan komponen sel darah yang terbesar (>90%), sel darah merah mengandung Hb yang fungsinya mengalirkan O2 keseluruh tubuh sehingga jika kita Hb kita rendah tubuh kita akan lemas. Apabila disebut menderma darah, secara umumnya merujuk kepada pendermaan keseluruhan komponen darah (merangkumi sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma). 

Kegunaan
Darah merah digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  • Pesakit Thalasemia
  • Pesakit Leukemia dan Kanser
  • Kes Anemia (kekurangan darah merah)
  • Pesakit yang kehilangan darah semasa pembedahan dan akibat kemalangan jalanraya
  • Kes tumpah darah selepas bersalin
PLATELET & PLASMA

Plasma ialah cecair darah yang mengandungi protein, antibodi dan bahan untuk pembekuan darah yang boleh menghalang serta merawat pelbagai penyakit.

Kegunaan
Plasma digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  •  Mangsa melecur akibat kebakaran
  • Kes pendarahan teruk (DIVC)
  • Pesakit demam denggi berdarah
  • Kes kegagalan Hepar (Liver Failure)

Platelet pula diperlukan untuk membekukan darah atau mengelakkan pendarahan berterusan, terutama bagi pesakit leukemia atau yang menjalani rawatan kanser, kerana sumsum tulang mereka tidak berupaya menghasilkan platelet sendiri.

Kegunaan
Platelet digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  • Pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah
  • Pesakit Leukemia dan Kanser
  • Kes pendarahan teruk (DIVC)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List