Friday, May 30, 2014

Mesin Apheresis Plasma dan Platelet Pusat Darah Negara

Mesin Apheresis Plasma dan Platelet Pusat Darah Negara. Tabung plastik ditengah gambar dalamnya ada cecair berwarna kuning adalah plasma darah.

Derma darah dan plasma darah selamatkan nyawa.





Komen dipetik daripada Facebook Kempen Derma Darah Kepada Rakyat Malaysia

Sememang rumit sebab ia bertujuan untuk lindungi penderma dan juga penerima darah.

1st -> Pusat Darah dibuka Isnin sampai Sabtu hingga pukul 4. Tidak perlu temu janji.

2nd -> Ujian dilakukan untuk pastikan penderma boleh derma, paras hemoglobin mesti cukup. Masih lagi ada ujian tekanan darah tinggi atau rendah. Semua untuk keselamatan penderma darah.

Derma keseluruhan darah, ambil masa dalam 10 ke 15 minit waktu pendermaan. Dan masa berehat dalam 10 ke 15 minit bergantung kepada penderma. Makan dan minum ringan disediakan untuk penderma.

Rata-rata dalam 1 jam boleh selesai.

Apheresis yang ambil masa. Seperti dinyatakan mungkin 2 jam lebih. 45 minit sahaja untuk Apheresis itu tidak masuk masa untuk ujian awal (setengah jam), persediaan mesin dalam 10 minit dan rehat (10 ke 20 minit).

Untukkan masa setengah hari untuk derma darah jika pertama kali mahu mencuba. Kami yang sudah biasa dengan derma darah wpun sudah biasa akan untukkan masa juga setengah hari kerana perlu ada masa rehat.

Apalah masa setengah hari bila dibandingkan derma darah seluruhan hanya boleh 3 bulan sekali untuk individu dan Apheresis hanya 2 minggu sekali untuk plasma dan platelet.


Mesin Apheresis Plasma dan Platelet Pusat Darah Negara

Wednesday, December 25, 2013

Kempen Derma Darah Dalam Internet Untuk Rakyat Malaysia

Kempen Derma Darah Untuk Rakyat Malaysia di Internet



Terbitan pertama : 13 Feb 2010
Kemas kini : 25 Dis 2013

Kempen Derma Darah dalam Facebook adalah usaha individu untuk menyampaikan maklumat menderma darah kepada rakyat Malaysia dalam Facebook.com. Ini adalah perlu dalam meningkatkan kesedaran umum keperluan untuk menderma darah.

Muka laman Facebook.com Kempen Derma Darah Untuk Rakyat Malaysia Dalam Facebook


Permintaan lebih berbanding dengan bekalan darah yang ada. Sebarkan muka laman Facebook ini. Timbulkan kesedaran semua, kepada rakyat Malaysia yang boleh menderma darah, selalulah menderma darah. Menderma darah selamatkannya.


Kempen Derma Darah Untuk Rakyat Malaysia Dalam Internet Format ODT


Wednesday, November 20, 2013

Kempen Kongsikan Imej Kempen Derma Darah Di Facebook

Mohon kerjasama daripada semua pelawat blog ini dan Facebook Page Kempen Derma Darah Kepada Rakyat Malaysia Di Facebook untuk kongsikan imej ini dalam dinding Facebook anda, Twitter dan Pinterest.

Kempen ini dijalankan sempena cuti sekolah yang panjang ini bagi meningkatkan jumlah simpanan stok tabung darah seluruh negara. Usaha ini adalah usaha sukarelawan Internet dan jom sertai kami dengan share imej kempen ini. Untuk share imej ini sila klik pada sambung laman setiap laman sosial yang anda mahukan. Terima kasih.






Kempen Kongsikan Imej Kempen Derma Darah Di Facebook

Friday, November 15, 2013

Fail Penderma Darah Pusat Darah Negara

Ramai tidak pernah melihat fail penderma darah di Pusat Darah Negara. Inilah rupanya. Laporan sulit seperti hasil ujian darah dan maklumat peribadi penderma disimpan dalam fail ini. Bagi penderma darah yang menderma plasma darah dengan cara apheresis, fail ini akan dipegang sekejap sewaktu berjumpa doktor. Oleh kerana maklumat adalah suilt dan bersifat peribadi maka jagalah dengan baik sewaktu ditangan anda.

Fail Penderma Darah



Saturday, April 27, 2013

Catatan Penderma #5

Lama dah tak berkunjung ke Pusat Darah Negara. Alhamdulillah hari ni lepas nak menderma


Sampai2 tak ramai orang... Selalu kalau pagi ramai jugak.


Hihihi dapat gift darah tersenyum hari ni. Cute sangat


Macam biasa masih tak ada kekuatan nak menderma tanpa dibius. Harap2 suatu hari nanti keberanian tu ada :-)


Ni mesin yang saya guna hari ni. Platelet saya agak tinggi hari ni. Jadi saya derma platelet dgn plasma sekali


Alhamdulillah... Selesai untuk hari ni :-)
posted from Bloggeroid

Sunday, April 7, 2013

Catatan Penderma #4

Semalam memang berniat nak pe PDN untuk menderma, tapi disebabkan ada urusan yang lebih penting perlu diutamakan. Ingatkan boleh siap sebelum pukul 2 so bolehlah berkejar ke PDN lepas tu. Tapi kita mampu merancang sahaja.


Haaa yang dekat atas tu le rancangan nak ke PDN semalam tergendala. Nextweek tak boleh pulak nak pergi derma sbb sudah ada perancangan lain. Nampaknya kena tunggu lagi 2 minggu.


Saturday, March 30, 2013

Catatan Penderma #3



Hari ni mcm biasa ada masalah dengan nak cucuk inject dkt urat. Al maklumlah urat jenis luar biasa skit. Biasa nurse yg senior buat, dia dah tahu selok belok urat, tapi hari ni nurse yg junior skit.


Cubaan kali pertama gagal. Dah siap inject dah urat tak berapa nak bagi kerjasama. Beralih pulak ke tangan sebelah pulak. Inject urat belah tepi. Tak pernah lagi guna urat ni, hrp ok...



Masa cucuk ok, masa nak draw segan2 pulak darah nak keluar. Nurse senior kena adjust skit. Pergh cabut.... Cucuk balik adjust skit2. Ingat sakit rupanya tidak. Ni psiko je ni kata sakit. Lepas adjust nampaknya darah draw dgn return bagi kerjasama yg sangat baik :-)



Harap semuanya berjalan baik... Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu mereka yg memerlukan :-)

posted from Bloggeroid

Catatan Penderma #2

Hari ni sampai awal dekat PDN sebab puasa nak buat full checkup. Dah hampir setahun tak buat full checkup, last sekali buat bulan Mei tahun lepas. Sepatutnya, untuk donor full checkup kena buat setiap 6 bulan. Ni mahu kena bebel dengan doktor nanti ni :-)



Sampai2 PDN nasib baik tak ramai org sgt dekat kaunter. Harap kat dlm pun x ramai nanti ni.... Kalau tak kena queue nak guna mesin apheresis nanti. Nampaknye kena minta nurse dlm dulu ambil darah dulu nanti ni, lepas tu boleh minum dulu sebelum menderma.




posted from Bloggeroid

Catatan Penderma #1

Hampir 3 bulan tak berkungjung ke PDN, ni koleksi penderma semasa berkunjung 2 minggu lepas. Semoga sedikit sumbangan ini mampu meringankan beban mereka yang memerlukan :-)

Monday, December 17, 2012

Rayuan Menderma

Kredit gambar : Pusat Darah Negara

Sempena musim perayaan, kebiasaannya simpanan stok darah akan berkurangan disebabkan bilangan mereka yang mender akan berkurangan. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menyumbang sedikit bagi mengelakkan kekurangan stok pada musim perayaan ini nanti, Untuk menderma, sila berhubung dengan Pusat Darah Negara bagi mengetahui lokasi-lokasi kempen derma darah yang berdekatan untuk memudahkan anda berkunjung.

Ingatlah setitis darah yang anda dermakan mampu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan. 

Wednesday, September 19, 2012

Pengalaman Menderma Plasma Darah Di Pusat Darah Negara

Baca ini di Facebook

https://www.facebook.com/notes/kempen-derma-darah-kepada-rakyat-malaysia/pengalaman-menderma-plasma-darah/10150998471910771

"Saya takut jarum", ayat yang biasa kita dengar dalam corong radio berkaitan alasan kenapa tidak menderma darah. Namun bagi kami, penderma tetap plasma darah, pengalaman menderma darah itu indah dan memuaskan hati dan jiwa.

Pengalaman dan gambar telah banyak kami kongsikan tentang pengalaman kami dalam pendermaan darah dan plasma darah.  Kami mahu teruskan perkongsian pengalaman kami di Blog di Facebook Page Kempen Derma Darah Untuk Rakyat Malaysia di

http://www.facebook.com/Kempen.Derma.Darah

Laman Facebook Kempen Derma Darah Untuk Rakyat Malaysa ini adalah diuruskan secara sukarela oleh kami yang juga adalah sukarelawan pendermaan plasma darah, Ini adalah usaha kami sendiri untuk kongsikan pengalaman menderma plasma darah. Dengan pengkongsian ia bertujuan untuk menarik lagi ramai rakan-rakan dalam Facebook dan pengguna Internet Malaysia, turut bersama kami dalam usaha sukarela menderma darah dan plasma darah.

Ia tiada kaitan dengan Pusat Darah Negara atau mana-mana pihak rasmi kerajaan. Kami menggalakkan anda semua untuk juga "Like" laman Facebook Page Pusat Darah Negara Pusat Darah Negara untuk jadual rasmi unit bergerak.

https://www.facebook.com/pages/Pusat-Darah-Negara/110441742359085

Dan juga Like Page Facebook Place untuk Pusat Darah Negara

https://www.facebook.com/pages/Pusat-Darah-Negara-KL/149484218432889

Bagi Page Facebook Place diatas, sila buat pilihan "Add To Map" bagi membolehkan anda merujuk ia semula dalam "Add Place" Facebook untuk telepon bimbit seperti Android.

Tahukah anda, bagi kami penderma tetap plasma darah, ada antara kami secara rela tidak lagi mahu dibius. Sebenarnya sakit dicucuk jarum hanya perasaan sahaja. Oleh kerana kerap menderma plasma darah, ia sudah menjadi biasa bagi kami. :-)

Anda akan tetap kena bius setempat kerana itu tatacara pendermaan.

Namun anda boleh meminta tidak dibius. Kenapa ? Susah mahu hendak dijelaskan sebab sama ada bius atau tidak sama sahaja rasa bagi kami, sakit itu sekejap sangat dan kami

Kami sudah tidak takut jarum. Anda juga tidak perlu untuk takut kepada jarum. Jom derma darah .....

Baca lanjut pengalaman kami di Blog Kempen Derma Darah Untuk rakyat Malaysia dan lihat sendiri gambar-gambar proses pendermaan darah dan plasma darah.

http://derma-darah-malaysia.blogspot.com/

Carta Pendermaan Darah

Sunday, September 16, 2012

Mesin Aferesis Selepas Pendermaan

Kami berpeluang untuk mengambil gambar mesin Aferesis dengan tayangan jumlah yang telah diambil. Biasanya jumlah plasma darah diambil adalah 600ML. Bagi mesin ini, ia menjadi pilihan kerana masa dengannya adalah sekejap. Sekitar setengah jam. Ini disebabkan pusingan pengambilan dan pemulangan darah bagi satu pusingan adalah lama dan banyak darah akan diambil. Ini membolehkan plasma diasingkan dengan cepat.

Namun mesin ini, berdasarkan pengalaman penulis, hanya sesuai untuk yang sudah biasa menderma plasma darah. Minum banyak air sebelum (pastikan membuang air sebelum menggunakan apa-apa mesin pengasingan plasma darah), minum air semasa dan selepas pendermaan plasma darah.


Besarkan gambar mesin aferesis untuk melihat bacaan :-)

Plasma Darah

Hasil Pendermaan Penderma Darah Dan Plasma Darah

Ini adalah hasil pendermaan sukarelawan penderma darah dan plasma darah. Yang atas merah adalah darah dan yang bawah kekuningan adalah plasma darah.

Kami sukarelawan penderma plasma darah boleh menderma plasma darah 2 minggu sekali. Perlu luahkan masa lebih kurang 2 jam daripada pendaftaran hingga ke berehat selepas pendermaan.

Jom derma darah waktu cuti Hari Malaysa https://www.facebook.com/Kempen.Derma.Darah

Darah dan Plasma darah

Wednesday, September 12, 2012

Sijil Penghargaan Daripada Pusat Darah Negara

Rakan-rakan penderma plasma darah boleh mendapatkan sijil penghargaan daripada Pusat Darah Negara Kuala Lumpur Malaysia di kaunter pendaftaran. Jangan lupa membawa buku merah kita untuk tujuan pengesahan jumlah pendermaan.

Sudi-sudikan diri untuk pamerkan di laman Facebook masing-masing. Sila kongsikan dengan memadamkan nama dan kad pengenalan. Ini bertujuan untuk manrik minat pendermaan plasma darah dikalangan rakyat Malaysia. Sertai perbincangan di Facebook Page Kempen Derma Darah Untuk Rakyat Malaysia.

Selepas menderma darah sila makan sedap-sedap. Resepi ada disini http://bit.ly/malaysiarecipe.

Sijil Penghargaan Pusat Darah Negara

Tuesday, September 11, 2012

Hasil Pendermaan Darah Iaitu Platelet Dan Plasma

Gambar ini adalah adalah darah dan bahagian darah yang diasingkan bagi tujuan untuk mendapatkan Plasma darah dan Platelet darah. Dalam proses Apheresis ini bahagian darah diperlukan iaitu Plasma dan Platelet akan diambil dan bahagian darah lain terutamanya sel darah merah akan dimasukkan semula ke badan penderma.

Minum banyak air dan tidur yang secukupnya adalah penting bagi penderma darah.

Mesin Apheresis Plasma dan Platelet darah

Sunday, July 22, 2012

Kempen Derma Darah Ramadhan 1433 (Masihi 2012)

Untuk makluman, masa operasi bagi Pusat Darah Negara, Malaysia sempena bulan Ramadhan adalah menurut jadual berikut :


Isnin

Masa : 7.30 Pagi  hingga 5.30 Petang


Selasa hingga Jumaat

Masa : 7.30 Pagi hingga 8.00 Malam


Sabtu dan Ahad

Masa : 8 Pagi Hingga 4 Petang

Untuk tindakan para sukarelawan pendermaan plasma dan platelet darah melalui cara aphresis, sila berhubung dahulu dengan Pusat Darah Negara (PDN) untuk membuat temu janji. Ini akan memudahkan rakan-rakan kita di PDN untuk membuat persediaan peralatan.

Untuk pengetahuan semua, tabung darah biasanya akan hadapi kekurangan simpanan darah pada masa bulan Ramadhan terutama semasa cuti panjang Hari Raya. Setiap penderma darah adalah wira. Terima kasih.

Kempen Derma Darah Ramadhan 1433 (Masihi 2012)

Sebahagian sumber bahan dari : Pusat Darah Negara Facebook Page.

Masa Operasi PDN Ramadhan 1433

Thursday, June 14, 2012

World Blood Donor Day


Place: Worldwide
Date: 14 June 2012


On 14 June, countries worldwide will celebrate World Blood Donor Day with events to raise awareness of the need for safe blood and blood products and to thank voluntary unpaid blood donors for their life-saving gifts of blood.

Friday, May 25, 2012

Kempen Derma Darah Dalam Internet Untuk Rakyat Malaysia

Kempen dalam Internet dalam meningkat kesedaran perlunya rakyat Malaysia yang boleh menderma darah selalu menderma darah. Derma darah selamatkan nyawa.


Facebook Page ini adalah sebahagian usaha sukarela Kempen dalam Internet dalam meningkat kesedaran perlunya rakyat Malaysia yang boleh menderma darah selalu menderma darah. Derma darah selamatkan nyawa.

Ini adalah usaha sukarela secara individu tiada kaitannya dengan mana-mana pihak seperti Pusat Darah Negara (PDN) atau Kementerian Kesihatan.

Lawat laman web PDN untuk maklumat rasmi pendermaan darah di Malaysia

http://www.pdn.gov.my/

First publish : 2010-02-07 04:30

Friday, March 30, 2012

Penutupan Operasi

Untuk makluman bersama, Pusat Darah Negara akan ditutup operasi pada cuti umum sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Hari Pekerja.


Sumber : Pusat Darah Negara

Saturday, March 17, 2012

Kempen Derma Darah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Bagi mana-mana individu, persatuan, badan koparat, agensi kerajaan yang ingin mengadakan kempen derma darah di kawasan atau pun mana-mana lokasi yang ingin anda cadangkan, boleh berhubung terus dengan Unit Kempen di Pusat Darah Negara ditalian 03-2695 5557 / 5558. atau boleh pergi pada link berikut Kempen Derma Darah Pusat Darah Negara


Anda boleh mendapat maklumat lanjut berkenaan penganjuran kempen derma darah melalui unit tersebut.


Semoga niat murni kita dapat membantu mereka yang memerlukan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List